Family Friendly Dental Clinic | Bandar Cassia, Batu Kawan (Berhadapan IKEA)
Family Friendly Dental Clinic

A Beautiful Smile Is Always In Style.

Khas untuk warga Batu Kawan dan kawasan sekitar. Kami komited memberi rawatan pergigian yang lembut, selesa dan teliti bagi melawan "dental phobia". Pilihan nombor 1 untuk senyuman yakin keluarga anda.

Lihat Rawatan
Gentle & Teliti Buka Setiap Hari Hadapan IKEA
Klinik Pergigian Ahlan Depan

Google Reviews

4.9 / 5.0 Rating
Dari 98+ Pesakit

Waktu Operasi

Isnin-Jumaat: 10AM - 9PM
Sabtu-Ahad: 10AM - 6PM

Lokasi Strategik

Bandar Cassia, Batu Kawan
(Berhadapan IKEA)

Pasukan Doktor

Mesra, lembut & berpengalaman rawat phobia pesakit.

Terima Panel

MICARE, PMCARE, AIA, TNB & banyak lagi.

Fokus Kepakaran

Rawatan Utama Klinik Pergigian Ahlan

Kami menawarkan perkhidmatan pergigian komprehensif menggunakan peralatan moden dengan mengutamakan keselesaan pesakit.

Scaling

Scaling & Polishing

Solusi untuk gusi berdarah, mulut berbau, dan karang gigi tebal. Kami mencuci gigi anda dengan teliti untuk mengembalikan kesegaran mulut.

Harga Rawatan

Bermula dari: RM80 - RM200

Tampalan Gigi

Tampalan Gigi (Composite)

Rawatan untuk gigi ngilu, sakit ketika makan, atau makanan kerap tersangkut. Menggunakan tampalan sewarna gigi yang kukuh dan cantik.

Harga Rawatan

Kes Sederhana: RM80 - RM150
Kes Kompleks: RM150 - RM250

Salur Akar

Rawatan Salur Akar

Alternatif menyelamatkan gigi berlubang besar yang menyebabkan kesakitan melampau (berdenyut hingga tak boleh tidur) daripada dicabut.

Harga Rawatan

Gigi Depan: RM700 | Molar: RM1000 - RM1300

Cabutan Gigi

Cabutan Gigi & Tunggul

Bagi masalah gigi terlalu goyang, tinggal tunggul, atau struktur gigi yang rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Harga Rawatan

Bermula dari: RM80 - RM200

Dental X-Ray

Perkhidmatan Dental X-Ray

Kemudahan imbasan X-Ray digital di klinik kami untuk ketepatan diagnosis, pengesanan awal masalah gigi, dan perancangan rawatan yang komprehensif.

Harga Rawatan

Hubungi klinik untuk maklumat lanjut

Clear Aligners Invisalign

Aligners / Invisalign

Alternatif moden dan telus (hampir tidak kelihatan) untuk menyusun semula kedudukan gigi anda dengan lebih selesa dan pantas.

Harga Rawatan

Hubungi klinik untuk maklumat lanjut

Rawatan Braces

Pendakap Gigi (Braces)

Baiki susunan gigi yang tidak sekata, jarang, atau berlapis untuk senyuman yang menawan. Kami menyediakan pelan rawatan ansuran yang sangat berpatutan.

Harga Rawatan

Deposit: RM1000
Bulanan: RM200

Selain itu, kami turut menyediakan rawatan lain:

Gigi Bongsu Gigi Palsu (Denture) Crown & Bridge Whitening & Veneer Pergigian Kanak-kanak
Pakar Senyuman Anda

Kenali Barisan Doktor Kami

Berdedikasi memberi rawatan lembut tanpa trauma untuk mengatasi ketakutan pesakit terhadap rawatan pergigian.

Dr Izzah Nabilah

Dr. Izzah Nabilah Binti Mohd Razali

BDMS (Tanta, Mesir) | MDC: 8880

Pengarah & Principal Dentist

Bertekad melawan 'dental phobia' dengan rawatan berkualiti, gentle, lembut dan selamat. Sangat meminati rawatan estetik dan rehabilitasi penuh mulut (full mouth rehabilitation) demi mengembalikan keyakinan senyuman anda.

Dr Nurul Nadia

Dr. Nurul Nadia Binti Mohd Zain

BDMS (Tanta, Mesir) | MDC: 14180

Resident Dentist

Mempunyai minat khusus dalam rawatan estetik (Veneer & Whitening), pergigian kanak-kanak, serta gigi palsu. Sentiasa memastikan pesakit mendapat penerangan yang jelas dan rasa selesa sebelum sebarang prosedur dimulakan.

Artikel Terkini

Info Kesihatan Pergigian

Ikuti Kami Di Sosial Media

Ikuti Perkembangan & Tips Terkini

Kami sering berkongsi info kesihatan gigi, prosedur rawatan, serta gelagat "behind-the-scenes" warga kerja Klinik Pergigian Ahlan di laman sosial kami.

Servis Pergigian Terbaik...

Senyuman yakin bersama Ahlan 💜

Pencerahan Untuk Anda

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa harga untuk cuci gigi (scaling) di sini?

Harga bagi rawatan Scaling (cuci karang gigi) di Klinik Pergigian Ahlan bermula dari RM80 sehingga RM200 bergantung pada ketebalan karang gigi pesakit.

Adakah klinik menerima pesakit 'Walk-in' (tanpa temujanji)?

Ya, kami amat mengalu-alukan pesakit walk-in atau kes kecemasan. Walaubagaimanapun, membuat temujanji adalah lebih digalakkan untuk memastikan anda tidak perlu menunggu lama.

Boleh tak bayar secara ansuran (installment) untuk rawatan?

Kami menyediakan kemudahan ansuran khas untuk rawatan pendakap gigi (Braces). Deposit permulaan adalah RM1000, dengan bayaran bulanan hanya RM200. Kami terima Tunai, Kad, QR Pay, dan Online Transfer.

Saya pekerja kilang, terima tak kalau guna panel perubatan syarikat?

Ya, klinik kami berdaftar dengan pelbagai penyedia perkhidmatan seperti MICARE, PMCARE, AIA, TNB, Healthmetric, Compumed, Mednefits dan banyak lagi. Sila bawa kad staf atau rujuk aplikasi panel anda.

Sakit tak kalau nak cabut gigi bongsu (wisdom tooth)?

Klinik Pergigian Ahlan terkenal dengan pendekatan 'gentle' dan lembut. Setiap pembedahan kecil atau cabutan gigi akan dimulakan dengan bius setempat supaya kawasan gusi kebas dan anda tidak akan berasa sakit semasa prosedur.

Berapa lama masa diambil untuk rawatan salur akar (root canal)?

Rawatan salur akar kebiasaannya memerlukan lebih dari satu sesi rawatan bergantung pada tahap jangkitan akar gigi. Setiap sesi dianggarkan mengambil masa 45 minit hingga 1 jam setengah.

Berapa kerap saya perlu buat pemeriksaan gigi?

Kementerian Kesihatan mengesyorkan untuk melakukan pemeriksaan gigi (dental check-up) serta scaling (cuci karang) sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau setiap 6 bulan.

Adakah rawatan memutihkan gigi (whitening) selamat?

Ya, proses whitening yang dikendalikan oleh doktor gigi bertauliah adalah selamat kerana kami menggunakan bahan perubatan terbukti yang tidak menghakis lapisan dalaman gigi (enamel) anda.

Klinik Pergigian Ahlan beroperasi tak pada hari Ahad atau Cuti Umum?

Kami buka SETIAP HARI! Hari Ahad kami beroperasi dari jam 10 Pagi hingga 6 Petang. Untuk cuti umum tertentu, sebarang pemakluman tutup sementara akan diumumkan melalui laman sosial kami.

Boleh saya tahu anggaran harga untuk buat gigi palsu?

Terdapat pelbagai jenis material untuk pembuatan gigi palsu (acrylic, valplast fleksibel, cobalt chrome, dsb.). Oleh itu, harga bergantung penuh pada jenis material dan jumlah batang gigi palsu yang ingin diganti. Sila kunjungi doktor kami untuk pengesahan harga tepat.

Persoalan Anda Belum Terjawab?

Usah biarkan sakit gigi berlarutan. Hubungi team kami di WhatsApp untuk bertanya mengenai harga, panel, atau tempahan masa rawatan anda secara terus.

Hubungi Kami

Tempah Temujanji Anda Hari Ini.

Berhadapan IKEA Batu Kawan. Parkir kenderaan yang banyak disediakan di hadapan klinik untuk kemudahan pesakit.

Peta Lokasi Batu Kawan

Call Klinik